Empat rekod baru hari kedua Olahraga MSSM - Utusan Malaysia

Empat rekod baru hari kedua Olahraga MSSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Empat rekod baru dicipta pada hari kedua Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) 2024 kali ke-64 di Stadium Perak semalam.

Rekod lama pertama diperbaharui ialah dalam acara 5,000 meter jalan kaki lelaki B15 tahun oleh Muhammad Fahim Haziq Mohd Hasrul.

Atlet Kuala Lumpur itu mencatat 23:49. 73s untuk memperbaharui catatan sendiri 23:53.28s yang dibuat tahun lalu.

Tempat kedua Taajwin Singh Cheng Narinder Singh dari Selangor dan M. Darshajotish dari Kedah tempat ketiga.

Muhammad Harith Haikal Mohd Arshad memperbaharui catatan lama acara 110m lari berpagar lelaki 18 tahun.

Atlet Johor itu mencatat 13.24s untuk memadam rekod lama 13.43s oleh Muhammad Fiross Mohd Faizal.

Fiross dari Putrajaya menduduki tempat kedua manakala ketiga atlet Johor, Muhammad Shahrul Aiman.

Turut lebur ialah rekod lama acara 100m lari berpagar perempuan 18 tahun.

Pelari tuan rumah, Fatin Syakira Azifsafarin mengejutkan penyandang gelaran, Fatin Nasyira Mohd Fadzil dari Kelantan apabila muncul pemenang acara itu dengan masa 14.59s, mengatasi catatan lama 14.60s.

Satu lagi rekod baru ialah dalam acara 80m lari berpagar perempuan 12 tahun. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya