Empat pelajar tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah disahkan hilang

Empat pelajar tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah disahkan hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan sudah menerima laporan berhubung kehilangan empat pelajar tahfiz dari Darul Quran Ittifaqiyah.

Laporan kehilangan kesemua pelajar berkenaan diterima polis pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pelajar tersebut dipercayai keluar daripada pusat tahfiz berkenaan dan tidak pulang.

“Kertas Enkuiri Polis (KEP) dibuka di bawah kes orang hilang ( OH ) dan siasatan masih dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular dalam media sosial mengenai kehilangan empat kanak-kanak lelaki yang juga penghuni pusat tahfiz terbabit sejak semalam.

Dalam hantaran tular itu, keluarga meminta bantuan orang ramai bagi mengesan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN