Empat pelajar tahfiz dakwa didera, seksual

Empat pelajar tahfiz dakwa didera, seksual

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menemukan kesan kecederaan dipercayai menjadi mangsa dera dan seksual terhadap empat pelajar tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah di sini yang ditemukan kelmarin selepas dilaporkan hilang, Selasa lalu. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, hasil pemeriksaan kesihatan  mendapati kesan kecederaan dipercayai berlaku semasa mereka berada di pusat tahfiz terbabit. 

Susulan itu, menurut beliau, pihak polis membuka siasatan di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. 

“Mereka (kanak-kanak) dakwa menjadi mangsa dera dan seksual  namun kita perlu menjalankan siasatan lanjut. 

“Justeru, kita memerlukan masa untuk mengambil keterangan kanak-kanak ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sambutan Hari Sukan Negara peringkat Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas lanjut, Rusdi berkata, hasil keterangan awal keempat-empat mangsa mendakwa mereka melarikan diri kerana tidak tahan dengan keadaan di pusat tahfiz terbabit.

Jelasnya, siasatan lanjut mendapati keempat-empat kanak-kanak itu tinggal di pusat tahfiz terbabit kurang setahun. 

“Hasil pemeriksaan kesihatan turut menemukan kecederaan termasuk lebam terhadap semua kanak-kanak tersebut, kemungkinan dibuli. 

“Kita juga telah mengambil keterangan pihak tahfiz namun siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap dakwaan-dakwaan terbabit,” katanya. 

Media semalam melaporkan empat pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah berusia 13 hingga 14 tahun ditemukan di sekitar Bangi, Kajang selepas dilapor hilang. 

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohd Lazim Ismail dilapor berkata, keempat-empat pelajar itu ditemukan ketika mereka sedang berjalan kaki di sekitar kawasan Kampung Bangi sebelum ditemukan orang awam dan diserahkan kepada Balai Polis Bangi.

“Kesemua mereka kini sedang mendapatkan pemeriksaan kesihatan di HKL,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya