Empat pelajar Darul Ittifaqiyah hilang  ditemui

Empat pelajar Darul Ittifaqiyah hilang ditemui

EMPAT pelajar tahfiz Darul Ittifaqiyah yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Empat pelajar tahfiz Darul Ittifaqiyah yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu selepas keluar dari pusat tahfiz di Dato Keramat ditemui, malam tadi.

Bapa kepada salah seorang pelajar tersebut, Rashdi Othman, 53, berkata,  kesemua kanak-kanak itu ditemui di sekitar Bangi  pada pukul 12.30 tengah malam.

“Mereka keluar dari pusat tahfiz berkemungkinan untuk berdikari dan mencari wang lebih.

“Pihak polis maklum kepada saya mereka sudah dijumpai. Mereka mungkin berniaga semasa hilang,” katanya kepada pemberita.

Menurutnya, mereka ditemukan ketika masih memakai kopiah.

Kata beliau, dia belum bertemu dengan anaknya dan menunggu pihak polis memaklumkan arahan lanjut.

Terdahulu, media melaporkan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner, Mohamad Lazim Ismail mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan empat pelajar tahfiz berkenaan.

Satu kertas siasatan dibuka di bawah kes Orang Hilang (OH) dan usaha pencarian masih dilakukan dan kesemua kanak-kanak tersebut belum ditemui.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya