Empat negeri di utara dijangka hujan, ribut petir esok

Empat negeri di utara dijangka hujan, ribut petir esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak diramal mengalami hujan dan rebut petir sepanjang hari esok

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, hujan dan ribut petir dijangka melanda Putrajaya dan Melaka pada sebelah pagi, manakala Selangor, Johor, dan Negeri Sembilan diramal mengalami keadaan yang sama sehingga petang.

“Cuaca di Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah serta Sarawak pagi esok diramal cerah sebelum dijangka mengalami hujan dan rebut petir pada sebelah petang sehingga malam.

“Cuaca di Kuala Lumpur dan Labuan pagi esok pula diramal cerah,” katanya melalui ramalan cuaca sempena Deepavali 2024.

Tambah MetMalaysia, perjalanan dan aktiviti perlu dirancang dengan sebaiknya.

“Teruskan mengikuti media sosial rasmi dan laman web kami untuk informasi cuaca terkini yang pantas dan tepat.

“Muat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat cuaca yang terkini dan sahih hanya di MET Malaysia,” katanya.

Habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya