Empat lelaki didakwa kurung anak bekas pengasas Al Arqam masih berada dalam negara

Empat lelaki didakwa kurung anak bekas pengasas Al Arqam masih berada dalam negara

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) percaya empat lelaki yang didakwa mengurung Ummu Atiyah, anak sulung kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad di perkampungan GISB Holdings (GISB) di Kampung Batu Hampar Dalam, Perak masih berada di dalam negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, usaha mengesan keempat-empat mereka bagi membantu siasatan sedang dijalankan.

“Kita percaya suspek tidak melarikan diri ke luar negara dan masih berada di sini.

“Usaha-usaha mengesan mereka ini sedang dijalankan susulan anak sulung bekas pemimpin  Al-Arqam berusia 41 tahun itu mendakwa dikurung di perkampung terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, media melaporkan PDRM selesai merakam keterangan Ummu Atiyah, anak sulung kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad yang mendakwa dikurung di perkampungan GISB Holdings (GISB) di Kampung Batu Hampar Dalam, Perak.

Razarudin dilaporkan berkata, rakaman percakapan wanita berusia 41 tahun itu diambil di Balai Polis Padang Gajah yang mendakwa dia dikurung di dalam rumah dua bilik dalam tempoh kira-kira sebulan.

“Pengadu menyatakan tidak berlaku sebarang kejadian rogol, cabul atau kecederaan fizikal semasa dikurung.  

“Dia juga mendakwa cuba melarikan diri, namun ditangkap dan dikurung semula,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya