‘Emelda’ sudah pulih, dilepas semula di perairan Langkawi

‘Emelda’ sudah pulih, dilepas semula di perairan Langkawi

SUKRI Deris (kiri) bersama Dr. Kavvin Sehgar (tiga dari kiri) mengangkat penyu agar ‘Emelda’ untuk dilepaskan di perairan Pulau Pasir, Langkawi, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Seekor penyu agar betina yang diselamatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Marecet, dilepaskan ke habitat asalnya di sini, semalam.

Pengarah Perikanan negeri, Sukri Deris berkata, penyu yang diberi nama Emelda itu diselamatkan pada 18 Julai lalu dan dirawat di Underwater World Langkawi (UWL).

“Penyu itu hanya seberat 38 kilogram (kg) semasa diselamatkan dan kini beratnya mencecah 55kg selain pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialaminya,” katanya selepas Program Konservasi Marin dan Konsultasi Bersama Kumpulan Sasar Daerah Langkawi di Jetí Kubang Badak, Kampung Ewa, di sini.

Menurutnya, Emelda dilepaskan di perairan Pulau Pasir, di sini kerana kawasan tersebut adalah laluan penghijrahan penyu dan lokasi mencari makanan.

Sementara itu, veterinar UWL, Dr. Kavvin Sehgar berkata, penyu tersebut mengalami kecederaan pada paru-parunya, dipercayai berlanggar dengan objek tumpul seperti bot atau jetski.

“Kecederaan tersebut menyebabkan penyu ini tidak dapat menyelam dan mencari makanan dengan baik.

“Penyu ini juga tidak dilepaskan bersama penjejak tetapi kami sedia bekerjasama dengan Pejabat Perikanan bagi melakukan lebih banyak penyelamatan di masa hadapan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya