Ella bakal memeriahkan After Race Fest - Utusan Malaysia

Ella bakal memeriahkan After Race Fest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Ella diumumkan sebagai artis fasa kedua yang bakal memeriahkan konsert After Race Fest yang berlangsung di Helipad Litar Antarabangsa Petronas Sepang (SIC), pada 3 November nanti.

Kata Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila binti Aminuddin, 58, sangat teruja untuk beraksi di pentas itu dan terharu diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu Negaraku di acara itu.

“Menjadi sebuah penghormatan untuk saya diberikan tanggungjawab menyanyikan lagu Negaraku pada acara MotoGPTM itu.

“Dan selepas itu saya akan berkongsi pentas bersama Smash Mouth dan Macklemore bersama artis-artis Malaysia serta Indonesia yang lain,” ujarnya.

Selain itu, Pengarah Urusan HIFIVE Entertainment, Sean Pereira berkata, konsert itu sebagai hiburan istimewa buat pengunjung yang hadir menonton perlumbaan MotoGPTM.

“Tak lengkap rasanya jika MotoGPTM ditutup tanpa ada sambutan untuk meraikannya dalam kalangan pengunjung. Justeru, kami akan membawakan After Race Fest yang bukan sekadar berbentuk hiburan.

“Ia bertujuan meraikan pengunjung dari seluruh dunia dengan pelbagai aktiviti termasuk persembahan dron dan bunga api sebagai simbolik istimewa kejayaan acara terbabit,” katanya.

Pengumuman pertama yang dibuat pada Julai lalu, HIFIVE Entertainment telah mengumumkan kehadiran Smash Mouth, Macklemore, Nidji, Feel Koplo, 6ixth Sense dan DE FAM untuk fasa pertama.

Persembahan yang bermula pada pukul 4 petang di Helipad akan dimulakan oleh Feel Koplo dan DE FAM dengan segmen ‘Get Started’ manakala segmen ‘Healing’ pula akan dikuasai oleh Nidji dan 6itxh Sense.

Seterusnya diikuti dengan persembahan daripada Ratu Rock Malaysia, Ella dan berakhir dengan segmen ‘Lets Rock’ bersama Smash Mouth dan Macklemore.

Untuk info, pembeli boleh membeli tiket After Race Fest pada harga RM550 dengan menggunakan kod promosi ‘PayLater by GRAB’.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya