EAIC siasat salah laku pegawai Imigresen, 156 fail disita

EAIC siasat salah laku pegawai Imigresen, 156 fail disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengesahkan bahawa pihaknya sedang menyiasat pegawai Jabatan Imigresen berhubung isu salah laku.

EAIC dalam kenyataan memaklumkan, sejumlah 156 fail permohonan Pas Lawatan Sosial (kategori Pas Rawatan) disita pada 1 Oktober lalu selepas hadir ke Bahagian Visa, Pas dan Permit, Jabatan Imigresen (JIM) Putrajaya.

Katanya, tindakan itu selaras dengan seksyen 41 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

“Sitaan tersebut dijalankan susulan aduan yang diterima berhubung dakwaan Pegawai JIM yang dikatakan mengeluarkan Pas Lawatan Sosial (kategori Pas Rawatan) kepada warga asing tanpa mematuhi prosedur.

“Sehubungan itu siasatan penuh sedang dijalankan ke atas aduan tersebut, selaras dengan subseksyen 27(4) yang dibaca bersama dengan subseksyen 26(3) Akta 700,” katanya hari ini.

Terdahulu, JIM menegaskan  tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai yang terbukti melakukan salah laku.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zakaria Shaaban berkata, tindakan tegas akan diambil, tanpa mengira pangkat atau jawatan khususnya berkaitan siasatan EAIC ke atas beberapa pegawai Imigresen kerana disyaki terlibat dalam ‘sindiket visa perubatan’ melibatkan warga asing.

Dalam isu ini, beliau mengesahkan bahawa pihak EAIC telah hadir ke Ibu Pejabat JIM untuk menjalankan siasatan lanjut berkaitan dakwaan pelanggaran integriti oleh pegawai Imigresen terlibat.

Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan, beberapa pegawai JIM sedang disiasat selepas disyaki terlibat dalam ‘sindiket visa perubatan’ melibatkan warga asing oleh EAIC.

Siasatan tersebut melibatkan kelulusan lebih 20,000 visa perubatan yang diberikan tahun lepas melibatkan satu negeri sahaja dengan setiap ‘kepala’ dikenakan bayaran sekitar RM4,500. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya