EAIC sahkan wujud kekerasan melampau terhadap etnik Rohingya

EAIC sahkan wujud kekerasan melampau terhadap etnik Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengesahkan terdapat unsur kekerasan melampau serta penderaan fizikal dan mental ke atas tahanan etnik Rohingya di Depot Imigresen Sementara Bidor (DISB).

EAIC dalam kenyataan memaklumkan, kekerasan dan penderaan terhadap tahanan etnik Rohingya telah bermula dari 2020 hingga 2021 ketika mereka ditempatkan di Kem Wawasan Langkawi, sebelum dipindahkan ke beberapa depot imigresen termasuk DISB.

Katanya, pegawai Jabatan Imigresen dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas di DISB didapati tidak peka terhadap keadaan sekeliling sebelum insiden tersebut berlaku.

“Beberapa pegawai Jabatan Imigresen di DISB termasuk dua orang pegawai yang pernah bertugas di Kem Wawasan Langkawi sebelum ditukarkan ke DISB, didapati melakukan kekerasan melampau serta penderaan fizikal dan mental terhadap tahanan etnik Rohingya sehingga mengakibatkan kecederaan kepada mereka.

“Sehubungan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk syor hukuman terhadap pegawai-pegawai yang terlibat kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) imigresen. Cadangan penambahbaikan infrastruktur depot tahanan juga akan dikemukakan kepada Ketua Pengarah Imigresen,” kata EAIC.

Pada kejadian pada Februari lalu, seramai 132 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang semua mereka etnik Rohingya ditahan di kem di Bidor yang di bawah seliaan imigresen.

Bagaimanapun, seorang daripada tahanan itu dilaporkan maut dalam kemalangan di KM335 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bidor.

Selain itu, EAIC berkata, siasatan mendapati pegawai imigresen dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas di kem tersebut juga tidak peka terhadap keadaan sekeliling.

Oleh itu, EAIC telah membuat laporan polis mengenai isu kekerasan dan penderaan terhadap tahanan etnik Rohingya di DISB dan Kem Wawasan Langkawi bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

EAIC telah menyelesaikan siasatan mengenai insiden 131 tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor (DISB) pada 1 Februari 2024. Siasatan ini dijalankan berdasarkan aduan yang diterima dan mengikut Subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700]. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya