Dulu diejek gemuk, sekarang orang minta tips kurus - Utusan Malaysia

Dulu diejek gemuk, sekarang orang minta tips kurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aktres terkenal, Ummi Nazeera mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa ‘body-shaming’ sewaktu di bangku sekolah sehingga mengganggu keyakinan dirinya.

Ummi atau nama lengkapnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 34, berkata, lebih keterlaluan, dia juga digelar ‘gorila’ kerana tubuh badannya yang agak berisi dan tinggi.

“Dulu semasa berumur 11 tahun, badan saya berisi dan saya antara yang tinggi di sekolah. Ada orang ejek saya gemuk dengan memanggil saya godzilla.

“Sudah semestinya saya sangat terasa kerana yang mengejek itu budak lelaki. Disebabkan ejekan tersebut, saya kurus pada usia 12 tahun

“Saya juga tak beri sebarang reaksi terhadap individu tersebut, tetapi saya buat perubahan dan buktikan terhadap diri saya sendiri,” katanya.

Meskipun perkara itu sudah lama berlalu, pelakon drama Rindu Kasih itu tidak bersetuju dan menganggap tabiat itu boleh meninggalkan kesan yang mendalam terhadap mental dan emosi seseorang.

“Saya sangat tidak setuju dengan body shaming terutamanya perkara itu sudah berlaku di sekolah.
Perkara itu mengganggu keyakinan diri saya pada usia yang muda.

“Tetapi, disebabkan saya ada seorang abang yang berada di sekolah yang sama dan lindungi saya, jadi perkara itu tidaklah begitu mengganggu saya sehingga tidak mahu ke sekolah,” jelasnya.

Ditanya sama ada dia masih menerima ejekan mengenai fizikalnya kini, Ummi bagaimanapun gembira dengan bentuk tubuhnya kini sebaliknya ada pula yang minta tips untuk kekal langsing.

“Sekarang, berat saya masih dalam BMI yang normal. Saya gembira dengan tubuh badan saya sekarang.

“Kalau dulu kena ejek gemuk, sekarangada yang minta saya kongsikan tips bagaimana untuk menurunkan berat badan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ummi tampil dengan drama terbaharu berjudul Andai Tiada Dia yang turut dibarisi oleh pelakon hebat seperti Hisham Hamid, Mimi Lana, Zahiril Adzim dan ramai lagi. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN