Dua warga emas termasuk 'Datuk' cedera, SUV rempuh pembahagi jalan

Dua warga emas termasuk ‘Datuk’ cedera, SUV rempuh pembahagi jalan

KEADAAN SUV jenis Nissan Murano yang remuk selepas terbabas dan merempuh pembahagi jalan di KM166.7, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dekat Sungai Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Dua warga emas cedera selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan Murano yang mereka naiki terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan di sini, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 pagi di Kilometer (KM) 166.7, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dekat Sungai Jawi.

Katanya, sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan tersebut, sepasukan anggota bomba termasuk penyelia dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, didapati memang terdapat dua orang mangsa dalam kereta tersebut dengan salah seorang daripada mereka iaitu penumpang hadapan berjaya keluar dengan sendiri.

“Seorang lagi mangsa yang bergelar Datuk bagaimanapun ditemui tersepit pada bahagian kaki di tempat duduk pemandu.

“Operasi mengeluarkan mangsa terbabit mengambil masa hampir 20 minit dan ketika diselamatkan, dia berada dalam keadaan sedar dan stabil,” katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian kepala serta dada dan telah diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjutnya,.

Difahamkan, punca sebenar kejadian bagaimanapun masih dalam siasatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya