Dua tahun lima kali tukar SS di Perlis - Utusan Malaysia

Dua tahun lima kali tukar SS di Perlis

MOHD. SHUKRI RAMLI.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIDAK sampai dua tahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perlis di bawah Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli menyaksikan Setiausaha Kerajaan negeri silih berganti.

Terbaharu, Datuk Rahimi Ismail memegang jawatan berkenaan menggantikan Datuk Che Murad Sayang Ramjan yang berkhidmat hanya kira-kira tiga bulan.

Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) itu menggantikan Che Murad yang akan menyambung perkhidmatan sebagai Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.

Sejak November 2022, ia merupakan pertukaran kelima Setiausaha Kerajaan Negeri yang sekali gus boleh merencat kelicinan pentabdiran Mohd. Shukri.

Mohd. Shukri sempat bergandingan dengan Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad yang kemudian digantikan Datuk Yusran Shah Mohd Yusof yang berkhidmat kira-kira enam bulan sebelum ditukar pula kepada Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar yang juga tidak lama sekitar tujuh bulan.

Che Murad kemudian menggantikan Muhd Khair sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri namun beliau juga tidak lama hanya sekitar tiga bulan.

Rata-rata Setiausaha Kerajaan negeri yang bertugas sepanjang tempoh pentadbiran Mohd. Shukri ini tidak sampai setahun.

Bagi Mohd. Shukri, beliau tidak menafikan pertukaran yang kerap itu secara tidak langsung memberi sedikit gangguan dalam menguruskan pentadbiran di Perlis.

Bagaimanapun, Mohd. Shukri tetap positif melihat perkembangan tersebut yang berkemungkinan pertukaran demi pertukaran berkenaan adalah atas faktor kenaikan pangkat atau apa-apa keperluan di Putrajaya.

Mohd. Shukri juga bercadang mengadakan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang akan berkunjung ke Perlis bagi membincangkan mengenai perkara tersebut.

Beliau juga berharap berharap agar polisi yang dibuat oleh Che Murad dapat disambung Setiausaha Kerajaan Negeri baharu selepas ini.

“Sebenarnya (pertukaran Setiausaha Kerajaan negeri silih berganti, ia memang menjejaskan sikit pentabdiranlah. Apabila perancangan kita baru bermula, Setiausaha Kerajaan negeri terpaksa berpindah keluar.

“Tapi kita terima hakikat yang datang itu (Setiausaha Kerajaan negeri baharu) dapat menyambung apa sahaja polisi yang dibuat Setiausaha Kerajaan negeri sebelum ini,” kata Mohd. Shukri.

Dalam pada itu, Mohd. Shukri juga berharap Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu ini dapat kekal lebih lama.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya