Dua suspek diburu kes culik budak 12 tahun

Dua suspek diburu kes culik budak 12 tahun

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis sedang memburu dua suspek bagi membantu siasatan kes culik seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang, 8 Oktober lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya kini dalam usaha mengesan dua lagi individu bagi siasatan kes tersebut.

“Mereka dipercayai mempunyai kaitan dengan enam suspek yang ditangkap sebelum ini. Siasatan menyeluruh masih dijalankan bagi mengenal pasti motif jenayah tersebut,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan kehilangan kanak-kanak dipercayai diculik di kawasan rumah kedai itu terungkai apabila dia ditemukan selamat Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong mengesahkan kanak-kanak warga tempatan itu dijumpai semula kira-kira pukul 2.30 petang.

Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis sekitar lokasi kejadian mendapati mangsa berjalan kaki sebelum menaiki sebuah kereta kereta Perodua Myvi berwarna hitam.

Siasatan mendapati kanak-kanak itu dipercayai diculik daripada penjagaan yang sah di sisi undang-undang.

Bertindak atas maklumat, polis menahan empat lelaki dan dua wanita berusia 13 hingga 23 tahun di sekitar Segambut Dalam, Setia Alam dan Pandamaran bermula pukul 5 petang Sabtu selain merampas Myvi digunakan suspek ketika kejadian.

Kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu menculik orang daripada penjagaan sah.

Polis menerima laporan kehilangan mangsa kira-kira pukul 8.59 malam yang masih tidak pulang selepas keluar dari rumah untuk mengambil makanan dekat dalam kereta yang diparkir di tingkat bawah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya