Dua sungai di Selangor melepasi tahap bahaya

Dua sungai di Selangor melepasi tahap bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua sungai di Selangor merupakan antara 10 sungai di seluruh negara yang mencatatkan bacaan melebihi tahap bahaya setakat pukul 9.30 pagi tadi, termasuk di negeri yang mengalami banjir iaitu Kedah, Perak dan Pahang.

Laman web Info Banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan, dua sungai itu membabitkan di Kampung Sungai Selisek, Hulu Selangor dan Rimba KDR, Sabak Bernam.

Portal itu juga menunjukkan Kedah merekodkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu Sungai Anak Bukit, Taman Aman dan Sungai Anak Bukit, Jambatan TAR, Kota Setar.

Di Perak, dua sungai mencatatkan situasi sama iaitu di Sungai Bidor, Changkat Jong, Hilir Perak dan Sungai Rui di Jambatan Jalan Raya Perak (RHN), Hulu Perak.

Di Pahang, peningkatan paras air melebihi tahap bahaya berlaku di Jambatan Chegar Perah (F1), Lipis manakala tiga kawasan di Sarawak turut merekodkan paras air melebihi tahap bahaya, iaitu di Muput, Bintulu; Marudi, Miri; Sungai Dausan, Mukah dan Sungai Salim B, Sibu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya