Dua penyamun bertopeng samun wanita dicekup

Dua penyamun bertopeng samun wanita dicekup

Penyamun
AHMAD Ridhwan Md. Nor @ Saleh (tengah) menunjukkan senjata dan barangan yang dirampas pihaknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, Banting di Kuala Langat, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Perbuatan dua lelaki bertopeng dan berparang menyamun seorang wanita di sebuah rumah di Banting di sini, kelmarin mengundang padah apabila mereka dicekup polis.

Kedua-dua suspek tempatan berusia 30 dan 21 tahun yang turut mengikat mangsa itu dicekup polis, kira-kira pukul 8.15 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada wanita tempatan, kira-kira pukul 4.30 pagi kelmarin.

Menurutnya, rumah mangsa dimasuki dua lelaki bersenjatakan parang yang bertindak mengikat kedua-dua tangannya.

“Suspek kemudian mengambil sejumlah wang tunai dan barangan berharga lalu melarikan diri. Sejurus kejadian, wanita itu berjaya melepaskan ikatan dan meminta bantuan jiran sebelum tampil membuat laporan polis,” katanya hari ini.

Jelasnya, hasil maklumat pihaknya kemudian berjaya memberkas suspek dan merampas dua cincin emas dan peralatan pecah rumah.

“Semakan mendapati dua lelaki itu masing-masing mempunyai 11 dan tujuh rekod jenayah lampau. Seorang daripada mereka juga memiliki dua rekod dadah berstatus dikehendaki polis,” ujarnya.

Tambah beliau, suspek direman selama lima hari bagi membantu siasatan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 395/397 Κanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya