Dua lelaki termasuk seorang remaja ditemukan lemas

Dua lelaki termasuk seorang remaja ditemukan lemas

POLIS menemui mayat seorang remaja yang maut akibat lemas selepas mandi dekat pantai berhampiran Bahagian 7, Pulau Carey, Teluk Panglima Garang di Kuala Langat, Selangor, awal pagi semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menemui ajal selepas mandi laut bersama rakannya dekat kawasan berhampiran Bahagian 7, Pulau Carey di Teluk Panglima Garang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 kira-kira pukul 7.19 malam.

Menurutnya, pada awalnya polis menerima aduan berkenaan kehilangan remaja berusia 17 tahun itu yang pergi ke tempat kejadian untuk menyambut hari lahir rakannya.

“Kemudian mangsa bersama tiga lagi rakannya mandi di pantai. Mangsa pula berendang di kawasan alur air laut walaupun sudah ditegah oleh rakan-rakannya yang lain.

“Namun, kira-kira 15 minit kemudian, rakan-rakannya mendapati mangsa tiada dan disyaki dibawa oleh arus air laut. Bagaimanapun, mangsa dijumpai kira-kira pukul 3.15 awal pagi tadi (semalam),” katanya kepada pemberita, semalam.

Sementara itu, dalam kes berasingan, mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemukan dalam keadaan terapung dekat Taman Tasik Kota Kemuning, di Seksyen 31, Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam kira-kira pukul 7.39 pagi  semalam yang mendakwa melihat mayat tersebut di permukaan air.

“Hasil siasatan awal mendapati mayat seorang lelaki identiti tidak diketahui kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat. Simati dijumpai berpakaian lengkap dalam keadaan terlentang

“Bagaimanapun, mayat tersebut dipercayai warga asing berdasarkan pemeriksaan pada badan yang tidak menemukan kesan suntikan Bacillus Calmette–Guérin (BCG),” katanya.

Pemeriksaan polis terhadap kedua-dua mayat tersebut tidak menemukan sebarang tanda yang menunjukkan berlaku kejadian jenayah, kemudian mangsa masing-masing dibawa ke Hospital Banting dan Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

Bagi kedua-dua kes itu juga, polis mengklasifikasikan kes kematian sebagai mati mengejut atau sudden death report (SDR). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya