Dua lelaki ditahan letak kepala khinzir di kedai makan

Dua lelaki ditahan letak kepala khinzir di kedai makan

TANGKAP layar rakaman CCTV memaparkan dua lelaki meletakkan kepala khinzir di kabinet dan dapur roti canai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan biadab dua lelaki tempatan meletakkan kepala khinzir di sebuah kedai makan menerima padah apabila mereka ditahan pada 15 Oktober 2024.

Rakaman video memaparkan individu terbabit meletakkan kepala khinzir di kabinet dan dapur roti canai tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, laporan berkenaan kejadian diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 11 Oktober, kira-kira pukul 7.30 malam.

“Pengadu berumur 18 tahun telah melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai miliknya di Bandar Teknologi Kajang, Kajang.

“Dua lelaki memakai baju dan topi keledar berwarna hitam serta merah telah masuk ke dalam kedai dengan meletakkan kepala khinzir di atas kabinet dan dapur roti canai,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Naazron, dua suspek masing-masing berusia 35 dan 51 tahun telah ditahan di bawah Seksyen 298/427 Kanun Keseksaan yang mana sabit kesalahan boleh dipenjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan dan mendapatkan bukti bagi kes itu. Motif dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Menurutnya, sebarang maklumat berkaitan kes tersebut boleh disalurkan di balai polis berhampiran atau hubungi Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan Ahmad Faizal Hasan di talian 019-7691924 bagi membantu siasatan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya