Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes alas kaki corak masjid, kaabah

Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes alas kaki corak masjid, kaabah

KARPET alas kaki yang tular kerana dikatakan mempunyai corak kaabah (kiri) dan masjid di sebuah bazar perniagaan di George Town, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Polis menahan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung penjualan karpet alas kaki yang mempunyai corak mirip masjid dan kaabah di sebuah bazar perniagaan di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, lelaki berusia 26 dan 41 tahun yang ditahan itu masing-masing merupakan pemilik serta pekerja di bazar jualan karpet tersebut.

“Polis telah menerima satu laporan daripada seorang lelaki tempatan semalam yang mendapati karpet alas kaki yang dibelinya daripada sebuah khemah bazar mengandungi corak menyerupai bentuk kaabah dan masjid.

“Sebelum itu iaitu kelmarin, semasa lelaki ini berada di salah sebuah khemah bazar perniagaan di pusat bandar, dia telah melihat beberapa karpet disyaki alas kaki bercorak kaabah dan masjid dijual kepada orang ramai dan dia telah membeli karpet tersebut serta membuat laporan polis,” katanya di sini, hari ini.

MOHD. ALWI ZAINAL ABIDIN

Menurut Mohd. Alwi, permohonan reman akan dibuat pada hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

“Dalam hal ini, pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana pihak dan mengganggu siasatan polis,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya