Dua lelaki disyaki samun jongkong emas RM5.9 juta masih diburu

Dua lelaki disyaki samun jongkong emas RM5.9 juta masih diburu

GISBH Selangor
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua lelaki yang disyaki terbabit dalam kes samun jongkong emas bernilai RM5.9 juta milik sebuah syarikat pedagang emas di Kompleks Industri Puchong pada 13 September lalu masih diburu.h

Kedua-dua yang cicari ialah Tuan Nazrin Shah Tuan Nasir, 25, dengan alamat terakhir di Taman Teratai 1, Jerantut, Pahang dan M. Sharuddin Majid,35, beralamat di Taman Setia, Kuala Terengganu, Terengganu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, buat masa ini kedua-dua suspek masih dijejaki.

“Kita sedang masih memburu kedua-dua lelaki ini,” katanya di sini.

Pada 13 September lalu, dalam kejadian samun di Puchong mengakibatkan mangsa kerugian RM5.9 juta apabila jongkong emas seberat 16.9 kilogram dilarikan.

Ketika kejadian, mangsa bersama rakan sekerjanya sedang memasukkan jongkong emas itu ke dalam kenderaan syarikat di tempat letak kenderaan di Kompleks Industri Puchong.

Empat lelaki bertopeng menaiki Perodua Axia menggunakan nombor pendaftaran palsu kemudian menghampiri mangsa dengan salah seorang daripada mereka bertindak memukul tangan dan kaki mangsa dengan kayu.

Suspek kedua pula dikatakan mengacukan parang, manakala suspek ketiga mengambil beg berisi jongkong emas terbabit yang berada di tempat duduk belakang kenderaan syarikat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya