Dua kilang plastik terus beroperasi walaupun disita

Dua kilang plastik terus beroperasi walaupun disita

TINDAKAN kompaun terpaksa diambil terhadap pemilik kilang plastik di kawasan perindustrian Bukit Panchor, Nibong Tebal, Pulau Pinang kerana membenarkan kilang tersebut beroperasi seperti biasa walaupun pernah disita sebelum ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Dua daripada tiga kilang plastik di kawasan perindustrian Bukit Panchor di sini yang disita sejak September lalu sekali lagi dikenakan tindakan selepas dikesan beroperasi seperti biasa, malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, H’ng Mooi Lye berkata, tindakan itu diambil dalam satu operasi khas oleh sepasukan anggota penguatkuasa dari Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kadun Jawi.

Terdahulu, Mooi Lye berkata, beliau telah menerima aduan mengenai bau pembakaran plastik yang mengganggu penduduk di sekitar Bukit Panchor dan Nibong Tebal sejak Mei lalu.

“Sehubungan itu, MBSP dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang telah diminta untuk membuat siasatan serta pemantauan yang kerap dan ketat untuk mengenal pasti kilang yang menimbulkan kacau gangguan ini.

“Setelah siasatan dan pemantauan dibuat, mereka (JAS Pulau Pinang) telah menyita tiga buah premis kilang yang mengeluarkan bau kebakaran plastik bulan lepas.

“Bagaimanapun, aduan berhubung pencemaran bau masih diterima walaupun kilang-kilang tersebut telah disita sebelum ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Mooi Lye yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi berkata, satu operasi khas dijalankan dan pemeriksaan mendapati, dua daripada tiga premis tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa serta masih beroperasi seperti biasa.

“Salah sebuah premis daripada premis itu juga didapati beroperasi tanpa lesen. Justeru, selain amaran lisan dan nasihat, operasi kilang dan kerja-kerja berkaitan turut diarah untuk dihentikan serta-merta.

“Dua kompaun kemudian telah dikeluarkan kepada pihak kilang kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen dan mempamerkan iklan tanpa lesen.

“Bagi premis kilang yang mempunyai lesen perniagaan pula, MBSP telah memberi amaran lisan tegas dan nasihat kepada pihak kilang selain meminta supaya operasi kilang turut dihentikan serta-merta,” katanya.

Tambah beliau, MBSP juga akan menyerahkan laporan siasatan kepada pihak JAS negeri untuk tindakan selanjutnya selain menarik balik lesen perniagaan premis kilang yang tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya