Dua kenderaan nyaris terjunam selepas tebing parit runtuh

Dua kenderaan nyaris terjunam selepas tebing parit runtuh

RUNTUHAN tebing parit mengakibatkan sebuah kereta dan sebuah lori satu tan nyaris terjunam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua buah kenderaan nyaris terjunam akibat runtuhan tebing parit di Taman Lembah Maju, Ampang dekat sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian itu pada 7.14 petang.

“Kejadian melibatkan runtuhan tebing parit di kawasan berkenaan mengakibatkan sebuah kereta dan sebuah lori satu tan nyaris terjunam.

“Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang kemudiannya dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, kejadian melibatkan runtuhan tebing parit berkeluasan 20×20 kaki persegi serta berketinggian 10 meter.

“Tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

“Anggota bomba bertugas memantau lokasi kejadian bagi memastikan keadaan keselamatan sekitar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya