Dua kali rekod acara 200m diperbaharui - Utusan Malaysia

Dua kali rekod acara 200m diperbaharui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Rekod acara 200 meter Lelaki 18 Tahun Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) 2024 di Stadium Perak di sini dua kali dipecahkan petang tadi.

Kejayaan itu dilakukan oleh Muhammad Sayyid Amin Roslan dari Pulau Pinang dalam tempoh hanya dua jam.

Muhammad Sayyid Amin  pertama kali mencipta rekod baru pada saingan peringkat separuh akhir apabila mencatat kepantasan 21.42s untuk mengatasi masa lama 21.59s dicatat oleh Muhammad Haiqal Hanafi dari Negeri Sembilan pada tahun 2016 dan Muhammad Aeidel Saadon dari Melaka menyamai catatan itu pada 2017.

Dia kemudian mengulangi kejayaannya apabila mencatat 20.34s pada saingan peringkat akhir sekaligus memecah rekod lama Sukan Sekolah Asean (ASG) 21.32s milik Badrul Hisyam Manap yang dicatatkan pada tahun 2015.

Danish Iftikar Muhammad Roslee yang dinobat Raja Pecut apabila memenangi acara 100 meter pada hari pertama kejohanan, gagal dalam misi merangkul gelaran keduanya.

Atlet Johor itu mencatat 21.33s untuk menduduki tempat kedua manakala tempat ketiga Danish Irfan Tamrin dari Selangor.

Turut diperbaharui ialah catatan acara 200m Perempuan 18 Tahun apabila pelari Sarawak, Ormilla Octavia Codday Nyadau mencatat 24.79s.

Dia memperbaiki catatan Sheeren Samsoon Vellabouy 24.89s pada tahun 2015 sekaligus menebus kekalahannya dalam acara pecut kepada peserta tuan rumah, Nur Izziati Eliana Suhaidi pada hari pertama kejohanan.

Nur Malisya Mohd Ishak dari Johor di tempat kedua manakala Priscellona Grace dari Sabah ketiga.

Satu lagi catatan lama yang diperbaharui ialah acara 400m Lari Berpagar Lelaki 18 Tahun.

Atlet Kuala Lumpur, Emmanuel Murphy Josbert mencatat kepantasan 52.72s untuk mengatasi masa lama sendiri 53.72s.

Muhammad Adib Irfan Azizan dari Perak kedua manakala Muhammad Qarliff Kuyt Abdullah (Sarawak) ketiga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya