Dua individu termasuk bekas pegawai kanan ditahan rasuah RM50,000

Dua individu termasuk bekas pegawai kanan ditahan rasuah RM50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua individu termasuk seorang bekas pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan disyaki menerima rasuah kira-kira RM50,000 sebagai balasan membantu mendapatkan projek dari jabatan terbabit.

Kedua-dua individu terbabit direman selama enam hari sehingga 28 Oktober ini selepas perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Noor Fazlin Hamdan di Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi ini.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki yang berusia lingkungan 20-an hingga  50-an  ditahan pada 5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Johor.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan itu dari 2021 hingga 2024.

“Salah seorang suspek iaitu bekas pegawai kanan disyaki  menerima kira-kira RM50,000 tunai secara berperingkat daripada suspek kedua iaitu pengarah sebuah syarikat sebagai balasan mendapatkan tiga projek untuk syarikat tersebut,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi)  SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi  mengesahkan penahanan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya