Dua beranak tabah berdepan ujian sakit

Dua beranak tabah berdepan ujian sakit

MUHAMAD Sayyid Azinuddin Mohd. Zin (kiri) dan Rosyati Mohd. Noor terpaksa menggunakan kerusi roda di Rumah Kos Rendah Peringkat 3 dan 4 di Jerantut, Pahang. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Dua beranak, Mu­hamad Sayyid Azinuddin Mohd. Zin, 26, dan ibunya, Rosyati Mohd. Noor, 54, berdepan ujian apabila kedua-duanya ditimpa penyakit dan kini cuma mampu bergerak menggunakan kerusi roda di Rumah Kos Rendah Peringkat 3 dan 4, di sini.

Muhamad Sayyid Azinuddin berkata, dia terbabit kemalangan motosikal di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur ketika pergi be­kerja di sebuah agensi pelancongan di bandar raya itu pada 2 April lalu.

“Selepas terjatuh ketika kejadian tersebut, saya tidak sedar dan dimasukkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

“Kulit kepala saya terkoyak, patah tulang pinggul dan tulang rusuk patah lapan manakala sebatang tulang rusuk yang patah tertusuk ke bahagian paru-paru,” katanya di sini semalam.

Menurut Muhamad Sayyid Azinuddin, akibat patah tulang pinggul, dia tidak boleh berjalan dan perlu rawatan untuk menggantikan besi di pinggang bagi memulihkan supaya mampu bangun dan bergerak.

“Mujurlah, majikan saya mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sehingga boleh membantu mem­biayai rawatan menggantikan besi dipinggul dengan belanja yang agak mahal,” katanya.

Muhamad Sayyid Azinuddin yang masih bujang berkata, dia kerap berulang alik ke HKL menerima rawatan kerana kecederaan dialaminya mengambil masa lama untuk pulih dan dalam tempoh ini tidak mempunyai sebarang pekerjaan bagi menyara keluarga.

Katanya, dia bimbang memikirkan kesihatan ibunya yang turut menghidap pelbagai jenis penyakit sejak 2022 antaranya darah tinggi, ken­cing manis, angin ahmar, fibroid dan sawan.

“Dia juga pernah mencarum ketika bekerja sebelum ini telah dibantu oleh Perkeso dengan kemudahan menjalani rawatan fisioterapi penyakit angin ahmar di sebuah hospital di Me­laka namun keadaannya tidak berubah malah baharu pula berlaku apabila penglihatan semakin terjejas,” katanya.

Muhamad Sayyid Azinuddin berkata, ibunya juga seorang penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 berasaskan pemegang Kad OKU serta barang keperluan dapur dari Majlis Ugama Islam Pahang dan bersyukur dengan inisiatif bantuan kedua agensi tersebut.

Orang ramai dan dermawan yang berhasrat untuk beramal jariah bolehlah menghubungi Muhammad Sayyid Azinuddin menerusi talian 0109083447 atau terus ke akaun Bank CIMB bernombor 7618708374 (Muhamad Sayyid Azinuddin). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya