Dua beranak maut dalam nahas kereta, motosikal

Dua beranak maut dalam nahas kereta, motosikal

DUA beranak terbunuh selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kereta di Jalan Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Seorang bapa dan anak lelakinya maut selepas motosikal mereka yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis Honda Civic di Jalan Transkrian di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Mohd. Shamsulnizam Md. Yusop, 49, dan anaknya, Muhammad Ammar,9, dikatakan maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Difahamkan, motosikal yang dinaiki oleh dua beranak itu datang dari arah bertentangan sebelum bertindak melintas pembahagi jalan.

Bagaimanapun, pemandu kereta tersebut yang melalui laluan berkenaan tidak sempat mengelak sebelum terlanggar penunggang serta pembonceng motosikal terbabit.

Terdahulu, beberapa keping gambar berkaitan kemalangan itu tular di media sosial khususnya Facebook.

Ketika ini, jenazah dua beranak tersebut bagaimanapun telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Qaryah Seri Ampangan di sini, kira-kira pukul 9.30 malam tadi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya