Dua beradik dikurung ibu kini bawah jagaan JKM

Dua beradik dikurung ibu kini bawah jagaan JKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua kanak-kanak lelaki yang diselamatkan polis selepas terkurung di dalam rumah selama dua hari di Taman Kosas, Ampang kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim berkata, kanak-kanak berusia setahun dan enam tahun itu ditempatkan oleh JKM di hospital untuk pemeriksaan.

“Satu perintah sementara akan diambil bagi kanak-kanak ini dijaga JKM,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, polis menyelamatkan dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia enam dan setahun selepas dipercayai ditinggalkan ibu mereka tanpa penjagaan selama dua hari.

Kanak-kanak berkenaan diselamatkan selepas polis menerima aduan seorang lelaki berusia 39 tahun memaklumkan dua kanak-kanak terbabit terkurung dalam sebuah rumah kerana ibu mereka tidak pulang.

Aanggota polis bertindak menyelamatkan kanak-kanak itu dan membawa mereka ke Hospital Ampang untuk rawatan.

Hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati ada kesan parut lama dan baharu pada tubuh kedua-dua kanak-kanak terbabit dipercayai kesan kecederaan akibat penderaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya