Dua ban pecah selesai dibaik pulih

Dua ban pecah selesai dibaik pulih

Ban pecah
KEADAAN ban pecah yang selesai dibaik pulih di RTB Batu 7, Ijok, di Kuala Selangor, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Dua ban pecah yang mengakibatkan banjir teruk di daerah ini dan Sungai Buloh selesai dibaik pulih Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Ia melibatkan ban berdekatan Taman Saujana Aman dan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Batu 7, Ijok, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Selangor, Mohd. Raiz Radzuan berkata, kerja menyiapkan ban pecah di Taman Saujana Aman disiapkan sepenuhnya pada 5 Oktober lalu.

“Manakala, kerja pembinaan ban di RTB Batu 7 pula siap pada hari ini. Kerja-kerja pelaksanaan baik pulih ban sementara itu selesai epenuhnya seperti yang dijadualkan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Jelas Pegawai Daerah Kuala Selangor itu, keadaan berkenaan mengakibatkan banjir dan sebanyak tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di kawasan terlibat.

“PPS yang menempatkan mangsa banjir Sungai Buloh di Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Aman telah ditutup Sabtu lalu. Namun, dua PPS iaitu Sekolah Rendah Agama (SRA) Ijok dan di Dewan Rafulin, Bukit Badong dijadualkan ditutup pada petang ini,” ujarnya.

Katanya lagi, SRA Ijok menempatkan mangsa banjir sekitar Ijok manakala Dewan Rafulin menempatkan penghuni dan kakitangan Pusat Jagaan Warga Tua Jashiera.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan lebih 1,400 penduduk di Ijok menggesa pihak berwajib segera membaik pulih ban pecah di lembangan Sungai Buloh yang mengakibatkan banjir ‘termenung’ sejak Jumaat lalu.

Kejadian awal pagi itu menjejaskan lebih 200 penduduk daripada 55 keluarga di Kampung Batu 7 Ijok, Kampung Parit Mahang dan Kampung Harmoni.

Lebih teruk, limpahan air itu berbau busuk kerana turut membawa sisa sampah daripada tapak pembuangan haram berdekatan ban tersebut.

Seramai 151 mangsa ditempatkan di dua PPS kerana kediaman dan sebuah pusat jagaan warga emas masih ditenggelami air setinggi 0.5 meter. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya