Dr. Chong pertahan jawatan Ketua Sayap Bersekutu Bersatu

Dr. Chong pertahan jawatan Ketua Sayap Bersekutu Bersatu

DR. CHONG FAT FULL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr. Chong Fat Full mempertahankan jawatannya bagi penggal 2024-2027 dalam pemilihan parti pada 12 Oktober lalu.

Ketua Penerangan Sayap Bersekutu Bersatu pula, Datuk Sri Sanjeevan Ramakrishnan menang jawatan Naib Ketua selepas mengalahkan Ahli Bersekutu Bersatu Tanjong, Cheah Kim Huat.

Kemenangan itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Abdul Azim Mohd Zabidi menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sayap Bersekutu Bersatu turut mengumumkan 15 ahli jawatankuasa baharu.

“JPP menerima serta meneliti semua laporan persidangan dan aduan serta selesai memuktamadkan penjumlahan undi yang sah, teratur dan mematuhi segala tatacara, peraturan pemilihan serta prosedur pengundian dalam pemilihan sayap Bersekutu,” menurut kenyataan itu.

Pemilihan sayap Bersatu itu membabitkan 7,466 ahli dengan pecahan Selangor (1,478), Wilayah Persekutuan (1,212), Negeri Sembilan (1,613), Johor (2,323) dan Perak (840).

Bersekutu Bersatu mempunyai 26 bahagian di seluruh negara.

Sebelum ini, Chong berdepan tekanan daripada perwakilan sayap itu yang mendesaknya meletak jawatan susulan kekalahan semua calon Bersekutu pada PRU15 dan PRN enam negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya