Dirangkul terlalu kuat, Jackie Chan pengsan di set penggambaran - Utusan Malaysia

Dirangkul terlalu kuat, Jackie Chan pengsan di set penggambaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Bintang terkenal, Jackie Chan, berdepan detik cemas apabila jatuh pengsan ketika menjayakan sebuah babak pertarungan untuk filem terbarunya, Panda Plan.

Semasa kejadian, Chan dilaporkan secara tiba-tiba tidak sedarkan gara-gara dirangkul terlalu kuat ketika melakonkan aksi pertarungan untuk filem tersebut.

Pelakon berusia 70 tahun itu bagaimanapun mula sedarkan selepas dibantu kru penggambaran.

“Ia bukan isu besar. Saya kena yakinkan semua orang, jika tidak, mereka mahu gantikan saya dengan pelakon aksi untuk babak berkenaan.

“Saya rasa bersalah sekiranya membiarkan pelakon ganti melakukan semuanya untuk saya. Saya kena buat semuanya sendiri,” katanya.

Chan tidak pernah serik meskipun pernah cedera ketika melakonkan babak lasak sebelum ini.

Bahkan, bintang filem Rush Hour itu bertegas untuk melakonkan sendiri aksi berbahaya dalam filem -filem lakonannya.

Panda Plan, sebuah filem komedi romantik arahan Zhang Luan dijangka menemui penonton penghujung Oktober ini.

Filem tersebut turut menampilkan Xiang Wei dan Ce Shi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya