Dijangka 2.62 juta kenderaan guna lebuh raya bersempena Deepavali

Dijangka 2.62 juta kenderaan guna lebuh raya bersempena Deepavali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan sebanyak 2.62 juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuh raya utama pada hari-hari puncak sempena Hari Deepavali.

Ketua Pengarah LLM, Datuk Ir. Sazali Harun berkata, jumlah itu membabitkan 2.13 juta kenderaan di bawah Kumpulan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), manakala masing-masing 198,000, 78,220, 59,220 dan 153,700 menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 dan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).

Katanya, LLM menjangkakan berlaku peningkatan jumlah trafik di lebuh raya utama seawal hari Selasa (29 Oktober) bagi pengguna lebuh raya yang menuju ke arah Pantai Timur, Utara dan Selatan.

“Bagi mendepani peningkatan trafik, LLM telah mengarahkan kesemua syarikat konsesi lebuh raya untuk melakukan persediaan rapi agar perjalanan pengguna lebuh raya adalah selamat dan lancar sepanjang tempoh berkenaan.

“Antara langkah langkah proaktif yang telah syarikat konsesi lebuh raya tidak dibenarkan melaksanakan sebarang penutupan lorong lebuh raya kecuali bagi kes dan kerja kecemasan bermula pada 24 Oktober hingga 4 November 2024.

“Mengaktifkan laluan ‘smart lane’ di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti di Lebuhraya PLUS dan laluan ‘tidal flow’ di Lebuhraya KL-Karak,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, Kementerian Kerja Raya dan LLM turut mengingatkan penunggang motosikal bahawa lorong kecemasan bukanlah laluan eksklusif untuk mereka tetapi turut digunakan kenderaan yang berhenti jika berlaku kerosakan atau kecemasan lain.

“Justeru, penunggang motosikal di negara ini adalah dinasihatkan untuk lebih berhati-hati terhadap sebarang halangan di lorong kecemasan, memberikan tumpuan dalam setiap perjalanan dan berhenti berteduh/berehat pada lokasi-lokasi teduhan motosikal yang telah disediakan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, Pusat Pengurusan Trafik LLM akan beroperasi dari 7 pagi hingga 10.00 malam dengan pengguna boleh mendapatkan status semasa trafik lebuh raya atau sebarang insiden di lebuh raya melalui media sosial rasmi LLM dan syarikat Konsesi seperti Facebook rasmi LLM, aplikasi X @llmtrafik serta tiktok @llmtrafik.

“Atau hubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1800887752 bagi mendapatkan maklumat keadaan trafik semasa melalui paparan CCTV di semua lebuh raya, pengguna boleh melayari laman sesawang LLM di https://www.llm.gov.my,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya