Diana Danielle sedia bantu biaya kos pendidikan pelajar susah - Utusan Malaysia

Diana Danielle sedia bantu biaya kos pendidikan pelajar susah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Diana Danielle, 32, menyuarakan kesediaan untuk membantu membiayai kos pembelajaran mana-mana pelajar kurang berkemampuan.

Diana, yang meluahkan Hasrat tersebut menerusi satu perkongsian di platfrom X, turut meminta cadangan netizen mengenai cara untuk menyalurkan bantuan berkenaan.

“Boleh bantu saya tak? Macam mana nak bantu biaya pelajaran adik-adik sekolah dan universiti?

“Macam mana nak memberi kepada mereka yang memerlukan?” tulisnya.

Perkongsian aktres cantik itu menuai pujian netizen, yang antaranya mendoakan agar kebaikan Diana dibalas Tuhan.

Pelakon filem Imaginur itu menerusi komen balas terhadap kenyataan netizen memaklumkan dia memahami situasi yang dihadapi pelajar tidak berkemampuan justeru terpanggil untuk membantu golongan berkenaan.

“Saya tak kaya, tetapi cukup untuk keluarga. Cuma saya faham nasib mereka yang tiada sumber (kewangan) untuk belajar,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya