Dewan Rakyat tangguh akibat hujan lebat

Dewan Rakyat tangguh akibat hujan lebat

TAN SRI JOHARI ABDUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi berikutan cuaca hujan lebat sejak pukul 8.30 pagi tadi.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, penangguhan itu menggunakan Peraturan Mesyuarat 12 (2).

“Di luar sana hujan lebat dan beberapa kawasan sudah banjir. Ramai ahli Parlimen yang terperangkap dalam banjir tersebut.

“Oleh yang demikian, saya menggunakan Peraturan Mesyuarat 12(2) untuk menangguhkan mesyuarat ini sehingga 10.30 pagi,” katanya.

Beliau berkata demikian sebelum memulakan sesi Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas, hari ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN