Dewan Rakyat lulus RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 selepas 20 tahun

Dewan Rakyat lulus RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 selepas 20 tahun

STEVEN Sim Chee Keong IHSAN/JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 buat kali kedua selepas 20 tahun selepas pindaan terakhir pada tahun 2005.

RUU berkenaan diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali kedua dan ketiga oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong selepas ia dibahaskan oleh 10 ahli Parlimen dari blok kerajaan serta pembangkang.

Steven Sim semasa sesi penggulungan berkata, pindaan tersebut adalah menjadi keutamaan dan bukti komitmen kerajaan dalam memastikan hak serta kebajikan pekerja di Semenanjung Malaysia dan lebih dua juta pekerja di Sabah setara.

Malah, kata beliau, pindaan tersebut juga sekaligus mengangkat martabat pekerja selari dengan standard perburuhan antarabangsa.

“Pelaksanaan (kepada RUU ini kelak) adalah elemen mustahak dan penting. Kita akan menerapkan perhatian khususnya dalam mengangkat martabat dan maruah pekerja di Sabah.

“Kita ada lebih 14 sesi libas urus bukan saja antara Sabah dan Kerajaan Persekutuan, tetapi juga wakil pekerja dan kesatuan pekerja selain pernah dibangkitkan dalam mesyuarat MA63 (Perjanjian Malaysia 1963). Jadi tidak berbangkitlah bahawa pindaan ini (kononnya) tidak memenuhi semangat MA63,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Antara perkara utama dalam pindaan itu adalah membabitkan bayaran kerja lebih masa, bekerja pada cuti umum dan hari rehat dihadkan kepada pekerja bergaji di bawah RM4,000 sebulan.

Selain itu, tuntutan di Mahkamah Buruh diperluaskan kepada semua pekerja tanpa had gaji dan waktu kerja dikurangkan ke 45 jam seminggu berbanding 48 jam seminggu.

Ia juga membabitkan had umur bekerja minimum 13 tahun, cuti paterniti tujuh hari, larangan diskriminasi dan larangan buruh paksa.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya