Dewan Rakyat bentang Pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air

Dewan Rakyat bentang Pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air

FADILLAH Yusof IHSAN/JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini membentangkan untuk kali pertama Rang Undang-Undang (RUU) Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 bagi membolehkan mahkamah memerintahkan pihak yang melakukan pencemaran membayar kos bagi memulihkan sistem bekalan air.

RUU ini meminda Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dibentangkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Ia juga bertujuan meminda Seksyen 121 Akta 655 bagi menjadikan suatu kesalahan jika mana-mana orang mencemarkan sumber air yang menyebabkan berlakunya pemberhentian sementara atau penutupan sistem bekalan air. 

RUU itu juga turut mencadangkan penalti dinaikkan sebagai suatu langkah pencegahan memandangkan pencemaran sistem bekalan air akan menjejaskan sebilangan besar pengguna.

Selain itu, ia bertujuan memasukkan subseksyen baharu (1A) dalam Seksyen 61 Akta 655 bagi melarang pelepasan efluen terlarang dan apa-apa benda lain ke dalam tangki septik.

Fadillah memaklumkan bacaan kedua rang undang-undang itu akan dibuat pada mesyuarat kali ini.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya