Deradikalisasi akan jadi modul pulih akidah kanak-kanak GISBH

Deradikalisasi akan jadi modul pulih akidah kanak-kanak GISBH

FAUWAZ Fadzil
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aspek deradikalisasi akan menjadi sebahagian modul yang digunakan dalam pemulihan akidah kanak-kanak GISB Holdings (GISBH).

Usaha itu dilakukan bagi menangani kemelut radikalisasi yang dicetus akibat daripada kepercayaan dan pegangan yang salah.

Pengerusi jawatankuasa khas bagi menyediakan sukatan pelajaran pemulihan akidah mangsa dan pengikut GISBH, Ahmad Fauwaz Fadzil berkata, modul deradikalisasi itu kini sedang dirangka untuk memastikan apakah bentuk rawatan yang sesuai dilaksanakan.

Katanya, sebelum dilaksana, pihak jawatankuasa akan mengenal pasti secara terperinci apakah penyakit dalaman kanak-kanak berkenaan.

“Ini memandangkan modul deradikalisasi ini bukanlah dalam bentuk ceramah atau motivasi, ia boleh dikatakan seperti rawatan di wad kecemasan.

“Cara digunakan sama seperti yang telah digunakan oleh kumpulan itu, cuma berubah ialah kandungannya saja serta beberapa dialog berkesan akan dilakukan,” katanya. 

Ahmad Fauwaz yang juga anak kepada bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor adalah Ahli Lembaga Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diumum mengetuai enam pakar akidah dalam jawatankuasa berkenaan.

 Siasatan polis terhadap kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Services and Business (GISB) turut melihat jika  terdapat  elemen fahaman jihad militan turut ditanam kepada kanak-kanak yang diselamatkan.

Ahad lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan pihaknya kini menjurus ke arah itu susulan terdapat dakwaan mengenai tayangan video berunsur militan kepada kanak-kanak yang menghuni di rumah amal itu.

“Walaupun sepanjang kes ini, saya tidak menyentuh isu berkaitan tayangan video militan itu, namun kita menjurus ke arah itu untuk disiasat.

“Cuma kanak-kanak ini memang ada ditayangkan video berkaitan pemimpin mereka iaitu Abuya sepanjang berada di rumah amal terbabit,” katanya.– UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya