Dentuman: Pesawat pejuang TUDM tidak beroperasi pada hari kejadian

Dentuman: Pesawat pejuang TUDM tidak beroperasi pada hari kejadian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini mengesahkan tiada operasi penerbangan pesawat pejuang dilaksanakan di sekitar kawasan kejadian gegaran dan dentuman kuat di Ipoh, Perak, semalam.

TUDM dalam satu kenyataan turut menafikan kononnya berlaku pencerobohan pesawat asing semasa kejadian gegaran dan dentuman semalam. 

Justeru, TUDM meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjalankan siasatan dan mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Susulan kejadian bunyi dentuman dan gegaran yang berlaku di daerah Ipoh lebih kurang pukul 11.06 pagi semalam yang dikaitkan kemungkinan berpunca daripada dentuman ledakan sonik pesawat pejuang.

“TUDM ingin menegaskan bahawa tiada sebarang penerbangan pesawat pejuang TUDM yang dilaksanakan di sekitar kawasan tersebut pada masa kejadian termasuk kejadian pesawat asing yang dikatakan menceroboh ruang udara negara,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan penduduk Ipoh cemas akibat merasai gegaran selama beberapa saat disusuli bunyi kuat seakan dentuman di bahagian atas bangunan sekitar pukul 11.06 pagi .

Tinjauan dalam media sosial mendapati pengguna mendakwa gegaran terbabit dirasai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Chemor, Stadium Perak, Meru Raya, Falim dan Gugusan Manjoi.

Selain itu, kejadian sama dirasai penduduk di Tanjung Rambutan, Klebang, Jelapang, Tambun, Silibin serta pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat Terowong Menora. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya