DBKL kompaun 5 premis papan iklan tidak guna  Bahasa Melayu 

DBKL kompaun 5 premis papan iklan tidak guna  Bahasa Melayu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima premis dikenakan kompaun dan notis penguatkuasaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana gagal menyertakan Bahasa Melayu di papan iklan masing-masing.

DBKL dalam hantaran di Facebook berkata, lima premis di sekitar Bukit Bintang telah dikenakan kompaun dan notis penguatkuasaan bagi memberi ingatan berhubung peraturan berkenaan.

“Hasil siasatan di Jalan Imbi, lima premis didapati melanggar Undang-undang Kecil Iklan (WP) 1982 dengan meminggirkan Bahasa Melayu di papan iklan mereka.

“Nampaknya mereka lebih gemar mempamerkan bahasa lain. Tidak mengapa, kita bantu ingatkan mereka dengan kompaun dan notis penguatkuasaan.

“Sekarang, mereka ada 14 hari untuk turunkan iklan tersebut atau tindakan selanjutnya akan menyusul,” kata DBKL.

Menurut DBKL, pihaknya akan meneruskan pemantauan untuk memastikan premis perniagaan lain tidak “terlupa” untuk mematuhi Undang-undang Kecil Iklan (WP) 1982 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, dan menggesa orang ramai untuk membuat laporan jika melihat papan iklan yang tidak mematuhinya.

Menurut salinan undang-undang kecil itu yang dimuat naik di laman web DBKL, papan iklan perlu memberi keutamaan kepada bahasa kebangsaan.

Walaupun bahasa lain boleh dipamerkan, saiz perkataannya perlu lebih kecil daripada perkataan dalam Bahasa Melayu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya