Dari kosmetik ke pengusaha aiskrim

Dari kosmetik ke pengusaha aiskrim

NORFADILAH Nik Adik menunjukkan aiskrim yang dijual di kediamannya di Taman Koperat Putera, Kampung Raja, Besut, semalam. – UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Seorang suri rumah tidak patah semangat setelah gagal dalam perniagaan produk kosmetik apabila kembali bangkit sebagai pengusaha aiskrim.

Norfadilah Nik Adik, 33, berkata, aiskrim buatannya yang diproses di rumah sejak hampir dua tahun lalu semakin mendapat sambutan dan kini mampu menjana pendapatan kira-kira RM3,000 sebulan.

“Sebelum ini saya berniaga barangan kosmetik secara dalam talian tetapi ia ada ‘pasang surutnya’, sedangkan saya memerlukan pendapatan stabil demi kelangsungan keluarga.

“Saya nekad beralih bidang bermula dengan memasuki kelas pembuatan aiskrim pada hujung tahun 2022,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Koperat Putra, Kampung Raja, di sini, semalam.

Norfadilah berkata, beliau menghasilkan aiskrim tersebut hanya di rumah dan proses mengadun bahan membuatnya hanya memakan masa 40 minit.

Tambah ibu tiga anak itu, proses pembekuan aiskrim sebelum boleh dipasarkan pula mengambil masa semalaman.

“Aiskrim buatan saya berisipadu enam liter yang disasarkan kepada peniaga aiskrim kon atau dibeli untuk majlis keramaian dan kesyukuran.

“Setiap bekas saya jual pada harga RM33. Alhamdulillah aiskrim buatan saya mendapat permintaan di seluruh negeri ini dan Kelantan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya