Dapat topi keledar, sarapan ketika lalui operasi polis - Utusan Malaysia

Dapat topi keledar, sarapan ketika lalui operasi polis

PENUNGGANG motosikal mendapat sumbangan topi keledar dan sarapan pagi dalam Operasi Bersepadu (P-Hailing), di sini hari ini. Sumber gambar: Facebook IPD Petaling Jaya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi sumbangan topi keledar dan sarapan kepada pengguna jalan  terutama  penunggang motosikal ketika menjalankan Operasi Bersepadu (p-hailing) di sini, hari ini.

Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dalam satu kenyataan berkata, operasi yang dijalankan di kawasan panas (hotspot) di daerah itu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan pengguna jalan mematuhi peraturan lalu lintas.

“Sepanjang operasi yang bermula dari pagi itu, sebanyak 147 buah kenderaan dengan 123 individu  diperiksa.

“Manakala sebanyak 78 saman PDRM (K) 257  dikeluarkan atas pelbagai kesalahan  yang dikenakan kepada pengguna jalan khususnya penunggang motosikal,” katanya.

Menurut kenyataan itu, operasi tersebut disertai dua pegawai dan lapan anggota polis  Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Petaling Jaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya