Danish, Nur Izziati raja, ratu pecut MSSM - Utusan Malaysia

Danish, Nur Izziati raja, ratu pecut MSSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Danish Iftikar Muhammad Roslee dan Nur Izziati Suhaidi dinobat Raja dan Ratu pecut kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2024 apabila memenangi acara 100 meter Lelaki dan Perempuan Bawah 18 tahun di Stadium Perak semalam.

Danish Iftikar dari Johor yang memegang rekod kejohanan dengan catatan 10.51s bagaimanapun sekadar mencatat 10.63s dalam perlumbaan akhir itu.

Dia ternyata terlalu handal buat pesaing terdekatnya, Aiman Ikhwan Yahya dari Kedah yang menduduki tempat kedua dengan 10.71s manakala S. Varshin dari Johor di tempat ketiga dengan catatan 12.32s.

Manakala pelari tuan rumah, Nur Izziati Eliana Suhaidi muncul ratu pecut apabila muncul juara kategori perempuan.

Nur Izziati kurang 0.3s untuk menyamai rekod lama MSSM, 12.02s yang dicatat Azreen Nabila dari Terengganu pada tahun 2016.

Pada perlumbaan tersebut, Nur Izziati meninggalkan jauh Ormilla Octavia dari Sarawak yang mencatat 12.21s manakala tempat ketiga pelari Sarawak, Dylan Leo dengan masa 10.73s. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya