Dana RMT ditambah kepada RM870 juta

Dana RMT ditambah kepada RM870 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan menyediakan hampir RM800 juta Bantuan Awal Persekolahan kepada semua 5.2 juta murid tahun satu hingga tingkatan lima tanpa mengira pendapatan ibu bapa.

Selain itu, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ditambah kepada RM870 juta berbanding RM784 juta.

Ia sekali gus bakal memanfaat lebih 860,000 murid dan peluang diberikan kepada pembekal sajian makanan oleh syarikat di daerah.

Selain itu, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ditingkatkan kepada RM180 juta ketimbang RM150 juta tahun ini.

Bagi meningkatkan akses pendidikan pelajar dari keluarga susah, kerajaan bersetuju bayaran gaji atau upah kepada tenaga pengajar oleh institusi dan organisasi dengan objektif pendidikan yang diluluskan di bawah subseksyen 44(6) Akta 97 Cukai Pendapatan 1967 dibenarkan sebagai perbelanjaan kebajikan.

Selanjutnya, kerajaan bersetuju Elaun Sara Hidup bagi siswa guru Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Institut Pendidikan Guru ditingkatkan kepada RM530 sebulan ketimbang RM430.

Malah peruntukan khas RM10 juta disediakan sebagai Bantuan Persekolahan kepada semua 687 sekolah pedalaman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN