Dana RM500 juta naik taraf biayai pelajar TVET

Dana RM500 juta naik taraf biayai pelajar TVET

ZAHIR Hassan (kanan) melihat demonstrasi kimpalan bawah laut dalam Siri Jelajah Karnival TVET dan sesi dialog bersama penyedia latihan PTPK di Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.  - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) akan memanfaatkan dana RM500 juta yang diberi kerajaan untuk  menaik taraf pembiayaan kepada pelajar bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pada tahun depan.

Pengerusi Lembaga Pengarah PTPK, Zahir Hassan berkata, jumlah dana yang besar itu bakal memberi manfaat kepada lebih 20,000 pelatih TVET di seluruh negara.

Menurutnya, antara pengkhususan yang diberi tahun depan adalah dalam teknologi kecerdasan buatan (AI), bidang aeroangkasa, penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan serta pembaikan dan baik pulih (MRO) industri penerbangan.

“Ini termasuk bidang-bidang yang berkaitan dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030) dan kenderaan elektrik (EV).

“Oleh itu, kita mahu semua remaja yang berminat dengan TVET agar segera merebut peluang yang diberikan kerajaan melalui dana pembiayaan PTPK ini untuk masa depan yang lebih cemerlang,” katanya selepas merasmikan Siri Jelajah Karnival TVET dan sesi dialog bersama penyedia latihan PTPK dekat Gong Badak di sini, hari ini.

Mengenai kadar bayaran balik pinjaman, beliau berkata, tahap kesedaran semakin meningkat sejak akhir-akhir ini hasil inisiatif yang dilakukan PTPK antaranya Cabutan Promosi Bayaran Balik Pinjaman yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.

“PTPK sentiasa ambil pendekatan berlembut kepada setiap peminjam, mereka perlu tampil untuk membuat rundingan dengan PTPK untuk kadar bayaran yang lebih sesuai.

“Melalui program siri jelajah karnival ini, PTPK mendekati masyarakat terutama golongan belia agar mereka tahu terlalu banyak peluang disediakan kerajaan untuk mereka yang tidak berminat dalam bidang akademik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya