Dana kerajaan bantu rancakkan industri kreatif - Utusan Malaysia

Dana kerajaan bantu rancakkan industri kreatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Komposer, Datuk Mokhzani Ismail, 61, menyambut baik peruntukkan RM210 juta bagi menyokong kelestarian bahasa dan pembangunan karya kreatif di negara ini yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena pembentangan Belanjawan 2025 baru-baru ini.

Mokhzani yakin dana tersebut bukan sahaja akan membantu merancakkan perkembangan industri kreatif, tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Jumlah peruntukkan yang diberikan kerajaan meningkat berbanding sebelum ini.

“Iltizam kerajaan untuk membantu penggiat industri kreatif dapat dilihat menerusi pemberian RM65 juta untuk Dana Kandungan Digital (DKD); RM40 juta untuk filem Malaysia; RM25 juta (MyCreative Ventures dan RM30 juta (Belia Kreatif Madani).

“Saya yakin dana ini mampu merancakkan industri kreatif yang pastinya memberi sumbangan positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kata Mokhzani, dana yang diperuntukkan kerajaan itu juga dapat membantu kelangsungan kerjaya penggiat industri seni kreatif yang berdepan ketidak tentuan ekoran impak ekonomi semasa.

“Ketiadaan atau kekurangan modal menjadi kekangan kepada penggiat untuk melaksanakan aktiviti seni seperti menghasilkan album, menganjurkan showcase atau konsert berskala kecil atau besar.

“Begitu juga dengan pembikinan filem, yang penghasilannya turut memerlukan modal yang mencukupi.

“Oleh itu saya yakin peruntukkan yang diberikan kerajaan mampu terus meneruskan kelangsungan kerjaya penggiat industri seni kreatif, samada penyanyi, pemuzik, jurutera bunyi, penerbit filem dan semua mereka yang berada di depan atau di blakang tabir.

“Cuma pada yang memohon harus ingat dana tersebut bukan saja membantu syarikat tetapi bertanggungjawab kepada ekosistem di bawahnya supaya semua lapisan masyarakat dapat sama menikmati manfaatnya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya