Dakwaan Ummu Atiyah dirogol, jadi mangsa keganasan pemimpin GISBH disiasat

Dakwaan Ummu Atiyah dirogol, jadi mangsa keganasan pemimpin GISBH disiasat

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengesan anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Ummu Atiyah yang mendakwa pernah menjadi mangsa keganasan dan rogol oleh  seorang pemimpin GISB Holding Sdn Bhd (GISBH).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, sekiranya ada laporan polis dibuat oleh wanita berkenaan, siasatan akan dijalankan berhubung dakwaan itu.

“Kita akan kesan mangsa dan jika ada laporan dibuat siasatan akan dijalankan ke arah itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Ummu Atiyah mendakwa kejadian tersebut berlaku sewaktu dia dipaksa untuk berkahwin dengan seorang pemimpin GISBH pada 2015.

Wanita itu mendakwa, dia menolak untuk berkahwin  dengan lelaki berkenaan kerana lelaki itu didakwa seorang yang tua, boroi dan menjijikan sebelum dia  melarikan diri ke rumah rakannya di Jordan.

Namun, lelaki berkenaan dan pengikutnya mencarinya di Jordan  dan mahu Ummu Atiyah menyerahkan diri dengan membuat kecoh.

Dakwa wanita itu, dia dalam keadaan terpaksa menyerah diri dan diminta bersalam dengan lelaki berkenaan sebagai tanda setuju berkahwin tetapi Ummu Atiyah mendakwa menolak untuk melakukan perbuatan tersebut.

Katanya, apabila bertindak demikian, dia dipisahkan dengan anaknya dan dilarikan ke Turki serta didera kerana enggan memenuhi kehendak pemimpin GISBH itu untuk bersama sehinggalah dirogol.

Wanita itu juga mendakwa dia pernah dicucuh dengan pemetik api dan direndam di dalam kolam. 

Ketika itu, adik lelakinya yang merupakan pengikut pemimpin itu, meminta dia menanggalkan baju untuk ditunjukkan kepada individu berkenaan.

Disebabkan takut dia akan mati, Ummu Atiyah terpaksa mengikut arahan mereka.

Pada 11 September lalu, media melaporkan polis berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara satu hingga 17 tahun yang dipercayai dieksploitasi di 18 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISBH menerusi Op Global.

Hasil serbuan itu mendedahkan berlaku kesalahan pengabaian serta penganiayaan kanak-kanak yang juga penghuni rumah amal terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya