Dakwaan rakyat Malaysia jadi tentera upahan, keluarga enggan komen

Dakwaan rakyat Malaysia jadi tentera upahan, keluarga enggan komen

TINJAUAN di sebuah rumah berdasarkan alamat MyKad yang tular mendakwa seorang individu berjuang di Ukraine sebagai tentera upahan asing.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: “No comment, no comment (tiada ulasan, tiada ulasan),”

Demikian kata seorang lelaki dipercayai mempunyai pertalian keluarga dengan seorang individu yang tular di media sosial kononnya berjuang di Ukraine dan didakwa sebagai tentera upahan asing melalui MyKad serta lesen memandu yang ditemukan di medan peperangan antara Ukraine dan Rusia.

Lelaki berkenan ditemui ketika wartawan meninjau di rumah keluarga individu berkenaan di sebuah taman perumahan di sini.

“No comment, no comment (tiada ulasan, tiada ulasan),” katanya ringkas.

Tinjauan di kediaman berkenaan juga mendapati rumah dua tingkat berkenaan sunyi tanpa kelibat ahli keluarga lain.

Terdahulu, media melaporkan, polis mengesahkan sedang menunggu maklum balas daripada Kedutaan Russia berikutan dakwaan terdapat pembabitan rakyat Malaysia dalam konflik perang Russia – Ukraine.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Cawangan Khas sudah berhubung dengan pihak Kedutaan Rusia di Malaysia berhubung perkara itu.

Razarudin juga berkata, PDRM juga sudah berhubung dengan pihak keluarga individu yang dokumen pengenalan dirinya ditemui di Livadny, Zaporizhia, Ukraine itu, bagaimanapun pihak keluarga memaklumkan individu terbabit hanya melanjutkan pelajaran di sana.

Kata beliau, tindakan lanjut sedang diambil oleh pihak PDRM berkaitan perkara itu.

Kelmarin, tular penemuan dua keping gambar menunjukkan MyKad dan lesen memandu rakyat Malaysia yang didakwa ditemukan di medan peperangan antara Ukraine dan Rusia.

Terdapat dakwaan di media sosial bersama gambar itu, mendakwa ia milik seorang rakyat negara ini yang tidak dapat dipastikan statusnya sama ada terbunuh atau ditahan tentera Rusia.

Dikatakan, kedua-dua dokumen itu ditemukan selepas kejayaan tentera Rusia menawan kubu tentera Ukraine di Livadny, Zaporizhia, Ukraine.

Lelaki berkenaan kononnya membabitkan diri sebagai tentera upahan dalam ’16th Rifle Batalion Ukraine’ yang mana ia sedang berdepan dengan tentera Rusia di Ukraine.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN