Daisy, Maya’ dari PJ terus perjalanan ke Bandar Enstek 

Daisy, Maya’ dari PJ terus perjalanan ke Bandar Enstek 

AHLI Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung bersama warga kerja Dutch Lady pada hari terakhir patung lembu Daisy dan Maya yang diletakkan di hadapan kilang sejak 1970.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Patung lembu Dutch Lady dengan nama Daisy dan Maya yang diletakkan di luar kilang Dutch Lady Petaling Jaya akan dipindahkan ke Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung dalam hantaran Facebook berkata, hari ini merupakan hari terakhir bagi penduduk di sini untuk bergambar bersama patung tersebut sebagai kenangan.

“Mereka berdiri sepanjang generasi, melihat perubahan bandar dan berkembang maju sama seperti Dutch Lady. Hari ini, sambil kita mengucapkan selamat tinggal kepada kehadiran mereka di sini, kita juga meraikan banyak kenangan indah yang mereka cipta.

“Bagi pihak warga Petaling Jaya, saya ingin mengucapkan selamat tinggal kepada mereka, kerana menerima Daisy dan Maya sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian kita, menjadikan mereka sebahagian daripada identiti masyarakat, dan untuk berkongsi perjalanan ini dengan kita.

“Hari ini adalah hari terakhir untuk bergambar dengan Daisy dan Maya. Esok, mereka akan berpindah ke kilang baharu dibina di Bandar Enstek dan memulakan perjalanan baharu,” katanya.

Patung lembu tersebut sudah  dipasang di luar Dutch Lady Petaling Jaya di Jalan 13/6 bersama-sama dengan kincir angin mini sejak April 1970. Dalam tempoh tersebut, pasangan lembu menjadi tarikan untuk orang ramai bergambar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya