Cuti Sabtu Ahad tidak kurangkan kedudukan Islam di Johor - Onn Hafiz

Cuti Sabtu Ahad tidak kurangkan kedudukan Islam di Johor – Onn Hafiz

ONN HAFIZ GHAZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pertukaran cuti hujung minggu negeri ini kepada Sabtu dan Ahad berbanding Jumaat dan Sabtu tidak akan mengurangkan kedudukan dan martabat agama Islam di negeri ini.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan bahawa tidak semua perkara perlu dijadikan bahan politik, sebaliknya keputusan diambil adalah selepas mengambil kira manfaat kepada semua pihak.

“Mendapat pandangan Mufti Besar dan Exco Agama Negeri Johor, ketertinggian Islam tidak sedikit pun berkurang bila mana Johor tidak lagi bercuti pada hari Jumaat bermula Januari 2025,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut beliau, kerajaan negeri yakin keputusan ini bakal memberi manfaat kepada seluruh rakyat Johor di mana mereka akan mendapat lebih masa berkualiti bersama ahli keluarga dengan memudahkan mereka merancang aktiviti hujung minggu.

Oleh itu, kata beliau,  pihaknya berharap tiada mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi dan kenyataan sekali gus menjadikan ia bahan politik yang boleh menjejaskan keharmonian negeri Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya