Cuti anggota bomba dibeku hadapi Monsun Timur Laut 

Cuti anggota bomba dibeku hadapi Monsun Timur Laut 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pembekuan cuti secara bersasar akan dilaksanakan terhadap pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat  Malaysia (JBPM) sebagai persiapan menghadapi musim Monsun Timur Laut.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata,  pihaknya sudah memaklumkan persiapan untuk pembekuan cuti yang disasarkan di kawasan tertentu mengikut aliran Monsun Timur Laut.

“Tidak adil untuk melaksanakan pembekuan cuti di negeri yang tidak terjejas oleh banjir tetapi jika situasi menjadi kritikal, pembekuan menyeluruh mungkin akan dilaksanakan bagi menyokong pasukan di negeri terlibat.

“Kita juga menyemak semula kawasan tumpuan serta pangkalan hadapan sebagai persediaan menghadapi cuaca yang dijangka berlaku,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Persidangan dan Pameran Kebombaan Antarabangsa Malaysia (IFCEM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Nor Hisham berkata, mesyuarat telah dilaksanakan dan akan meneruskan pelan yang ditetapkam termasuk menubuhkan pasukan tindak balas pantas di 22 lokasi.

“Kami juga memberi tumpuan dengan menempatkan logistik di Wakaf Tapai, Terengganu dan Ayer Hitam, Johor.

“Kita juga sedang berkoordinasi dengan polis dan agensi-agensi lain berdasarkan arahan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma),” jelasnya.

Beliau berkata, Arahan No. 1 telah dikeluarkan Nadma dengan kerangka pengurusan bencana yang lebih jelas. 

“Ia menetapkan bahawa JBPM akan bertindak sebagai timbalan komander insiden dan komander hadapan dalam sebarang kejadian.

“Kami juga mengadakan dua siri sesi latihan bersama ketua-ketua balai bomba untuk memperkukuhkan pelaksanaan Arahan No. 1 di semua balai bomba,” katanya.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan Monsun Timur Laut akan bermula awal bulan depan.

Malaysia sudah memasuki fasa peralihan monsun pada 24 September lalu yang dijangka berterusan sehingga awal bulan depan dengan beberapa negeri dijangka mengalami banjir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya