Cukai gula sebabkan harga minuman naik?

Cukai gula sebabkan harga minuman naik?

NORAIN MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Sebarang kenaikan harga bagi produk minuman bergula susulan kenaikan duti eksais untuk barangan keperluan itu tidak akan dirasai oleh peniaga yang terlibat dalam masa yang terdekat.

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia (Gapema) Pulau Pinang, Norain Mohd. Noor berkata, sebaliknya kenaikan tersebut hanya akan dirasai selepas beberapa bulan ia dilaksanakan.

Katanya, ini kerana, selepas tempoh berkenaan barulah mereka dapat mengira kembali segala perbelanjaan, untung rugi, jualan dan sebagainya secara konsisten.

“Sebenarnya, kami, para penjaja dan peniaga ini dah terasa bahang ini (kemungkinan berlaku kenaikan harga produk minuman bergula) sejak beberapa subsidi berkaitan ditarik balik sebelum ini.

“Bagi peniaga borong, mungkin situasi ini tidak begitu ketara. Tapi, bagi yang berniaga secara kecil-kecilan, sudah pasti mereka juga akan terjejas (dan seterusnya terpaksa menaikkan harga minuman bergula),” katanya kepada Utusan Malaysia.

Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan kenaikan duti eksais gula tidak akan memberi kesan kepada pengguna kerana ia membabitkan kandungan gula dalam minuman dan bukannya gula biasa.

Bagaimanapun, kenyataan itu menimbulkan pelbagai polemik dan hari ini pula, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menerusi Timbalan Setiausaha Agungnya, Nur Asyikin Aminuddin meminta kerajaan untuk menyenaraikan produk yang dikenakan cukai itu.

Mengulas lanjut, Norain berkata, Gapema Pulau Pinang khususnya mengambil pendekatan tunggu dan lihat pada masa ini untuk melihat sejauh mana kenaikan duti eksais gula itu memberi kesan kepada golongan penjaja dan peniaga selepas ini.

“Bagi pengguna pula, kita hanya merasai kesan tersebut selepas peniaga menaikkan harga barang,” katanya yang berpandangan, kedua-dua pi­hak pasti terjejas susulan pelaksanaan duti minuman eksais untuk gula ini,” katanya.

Terdahulu, ketika sesi pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Kerajaan telah melancarkan perang terhadap gula (war on sugar) dengan menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai 1 Januari tahun depan.

Menurut beliau, kadar yang dikenakan adalah 40 sen seliter sebagai usaha selepas Malaysia menjadi antara negara paling obesiti di rantau Asia Tenggara dan gula adalah salah satu musuh utama penyakit tidak berjangkit. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya